Apabila Lelaki Bergelar "Pendakwah" Kecundang.



Sekadar perkongsian yang aku baca dari status di laman Facebook.

Sedikit sebanyak, pengalaman membuatkan pandangan aku pada lelaki "alim" "ustaz" sedikit merundum. Maaf. Mungkin tak semua. Mungkin segelintir. Iman tak boleh di warisi.

Post ini tidak ditujukan pada sesiapa. Cuma.
Aku harap, lelaki, jadilah yang terbaik.
Jadilah nakhoda yang boleh mengemudi bahteramu.

Lelaki itu pemimpin.
Fullstop. 

---

Apabila lelaki yang bergelar "pendakwah" kecundang..

Apabila lelaki yang sebelum ini melaungkan "no couple before marry",
kemudiaannya kecundang..

Apabila lelaki sebelum ini mengatakan "haram bercouple sebelum nikah",
kemudiannya kecundang..

Dan, paling "ngeri" adalah,
kecundang itu adalah "ZINA" dengan "persetubuhan haram"..
wal iyya dzubillah..

Bertaubatlah kalian semua wahai lelaki, "kaumku sekalian"..

Andai kalian yang bergelar "penda'wah"
kecundang atau tewas dengan nafsu..
Maka, kepada siapakah lagi yang mahu diharapkan 
untuk mengerakan da'wah Islamiyyah..

Dirimu akan bernikah jua dengan keizinan-Nya..

Andai tiada keizinan-Nya, 
walau kau bertemu si dia berjuta kali sekalipun wahai saudara..
Andai tiada keizinan-Nya, 
maka tidak bernikah jua..

Maka ingatlah pada janji Allah Tuhan Yang Maha Esa..
Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya..
Allah pasti memberi yang terbaik untuk hamba-Nya..
Maka, tetap teguhlah di landasan keredhaan-Nya..
Janji Allah S.W.T sudah pasti..


Andai mahukan solehah, jadikan diri adalah soleh..
Usaha kita adalah menjadi soleh wahai saudaraku yang ku cintai..
Maka, bersabarlah, jadikanlah dirimu seorang yang soleh..
 

Jangan mendampingi yang HARAM..
Jangan bercinta secara HARAM..
Jangan melakukan sesuatu yang HARAM.. 

Sesungguhnya dirimu mengetahui hal yang HALAL dan HARAM..
 

Wahai saudaraku insan lelaki..
Allah memuliakan kita dengan akal pemikiran..
Maka, nafsu bukanlah tandingan kita 

andai kita atasi dan senjata kita adalah Ilmu Iman..
Semoga Allah bersamamu dengan Iman dan Islam..
Wallahua'lam..
Amin ya rabbi.


---
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

No comments: