Apabila Lelaki Bergelar "Pendakwah" Kecundang.



Sekadar perkongsian yang aku baca dari status di laman Facebook.

Sedikit sebanyak, pengalaman membuatkan pandangan aku pada lelaki "alim" "ustaz" sedikit merundum. Maaf. Mungkin tak semua. Mungkin segelintir. Iman tak boleh di warisi.

Post ini tidak ditujukan pada sesiapa. Cuma.
Aku harap, lelaki, jadilah yang terbaik.
Jadilah nakhoda yang boleh mengemudi bahteramu.

Lelaki itu pemimpin.
Fullstop. 

---

Apabila lelaki yang bergelar "pendakwah" kecundang..

Apabila lelaki yang sebelum ini melaungkan "no couple before marry",
kemudiaannya kecundang..

Apabila lelaki sebelum ini mengatakan "haram bercouple sebelum nikah",
kemudiannya kecundang..

Dan, paling "ngeri" adalah,
kecundang itu adalah "ZINA" dengan "persetubuhan haram"..
wal iyya dzubillah..

Bertaubatlah kalian semua wahai lelaki, "kaumku sekalian"..

Andai kalian yang bergelar "penda'wah"
kecundang atau tewas dengan nafsu..
Maka, kepada siapakah lagi yang mahu diharapkan 
untuk mengerakan da'wah Islamiyyah..

Dirimu akan bernikah jua dengan keizinan-Nya..

Andai tiada keizinan-Nya, 
walau kau bertemu si dia berjuta kali sekalipun wahai saudara..
Andai tiada keizinan-Nya, 
maka tidak bernikah jua..

Maka ingatlah pada janji Allah Tuhan Yang Maha Esa..
Allah tidak akan menzalimi hamba-Nya..
Allah pasti memberi yang terbaik untuk hamba-Nya..
Maka, tetap teguhlah di landasan keredhaan-Nya..
Janji Allah S.W.T sudah pasti..


Andai mahukan solehah, jadikan diri adalah soleh..
Usaha kita adalah menjadi soleh wahai saudaraku yang ku cintai..
Maka, bersabarlah, jadikanlah dirimu seorang yang soleh..
 

Jangan mendampingi yang HARAM..
Jangan bercinta secara HARAM..
Jangan melakukan sesuatu yang HARAM.. 

Sesungguhnya dirimu mengetahui hal yang HALAL dan HARAM..
 

Wahai saudaraku insan lelaki..
Allah memuliakan kita dengan akal pemikiran..
Maka, nafsu bukanlah tandingan kita 

andai kita atasi dan senjata kita adalah Ilmu Iman..
Semoga Allah bersamamu dengan Iman dan Islam..
Wallahua'lam..
Amin ya rabbi.


---
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Day 1: Be a Happy Muslimah.



QUOTE



Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Boleh Aku Tanya?


Dalam bersedih.
Tanpa kita sedar, Allah akan bagi banyak hint.


---

SALAH SATUNYA..
MUHASABAH SEMULA DIRI BILA BERPAUT DENGAN SOAL HATI.


---


"boleh aku tanya?"


"silakan."


"hmmm. kau kan, aku tengok, macam tak ada masalah aja. senyum je memanjang."


"aku ada je masalah. tapi takkan la nak 24 sedih."


"apa ya, yang jadi punca kekuatan kau? bukan baru-baru ni, maaflah tanya, kekasih kau, tinggalkan kau?"


"well, aku senyum, bukan sebab aku tak terluka. tapi sebab aku redha, Tuhan sedang uji. yalah, salah aku jugak. gatal nak bercinta. aku bagi perbandingan mudah la ye. kita ni manusia dengan Tuhan, macam langit dan bumi jugak la. saling memerlukan dan ada keseimbangan. kalau bumi asyik terima panas, kadang-kadang nak jugak hujan kan? macam tu la hati. aku selalu nak bahagia je, tapi Tuhan tahu aku perlu diuji dengan kesedihan, supaya aku tak terlalu leka."


"oh. lepas ni apa kau nak buat?"


"it's time to fall in love again."


"again? kau tak takut terluka lagi?"


"bukan, bukan dengan manusia saja. tapi dengan Allah. inilah masa nak muhasabah diri, sejauh mana aku dah leka dan lalai dan jauh dari DIA. inilah masa untuk jatuh cinta sekali lagi, pada DIA, dengan lebih dalam lagi."


"boleh ke belajar jatuh cinta lagi?"


"there's nothing more to live in this life than love. tak ada apa yang lebih baik dalam hidup ini untuk teruskan hidup, selain cinta. pastilah cinta kepada Allah, maksudnya. tanpa cinta kepada-Nya, macam mana nak hidup dengan penuh syukur dan redha?"


"betul jugak. let's fall in love again!"


- sederhanaindah

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Rasa Itu Kembali Hadir~






RASA SEDIH DAN KECEWA ITU KEMBALI HADIR.


TERASA INGIN MENJAUH.


UNTUK PUJUK HATI.


26 April 2014.
08:04


Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi