Warkah Buat Si Dia~




Assalamualaikum.

Bismillah.

17 March 2013


---------------


Aku berjaya khatamkan novel
"Cinta High Class, Cintaku Kerana Agamamu"
oleh Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha.


Penuh isi.
Penuh pengajaran.
Penuh ilmu yang sangat berguna
untuk membina Baitul Muslim~


--------------

Sesuatu yang ditahan,
lebih enak bila 'berbuka'
Tapi mampukah aku dalam menahan?


--------------

Warkah buat si dia yang entah siapa~


Dulu,
Aku pernah bercinta..
Telah ku nodai cinta kita..
Maafkan aku diatas pincangnya langkah..
Dalam menjaga hati dan cinta..


Jika,
Dulu kau juga begitu,
Menodai cinta milik kita,
Aku mohon, jangan kau teruskan lagi..


Kini,
Aku belajar menjaga,
Aku belajar menghindari,
Aku juga harap kau begitu,
Menjaga dan terus menjaga.


Tapi,
Andai kau masih begitu,
Bermadu kasih entah dengan siapa,
Aku lebih rela membujang,
Dari tersalah langkah memilih kamu..



Ikhlas,
Wardah Hamra~



Cinta.
Itu fitrah, Jika tidak diurus akan menjadi fitnah,
Jika diurus dengan betul akan menjadi barakah.

Jangan kau datang lagi,
Aku tidak tahu niat sebenar mu,
Jika hanya untuk mainan hati,
Silakan kau pergi,
Cari mawar yang boleh dijadikan mainan.
Bukan aku~



Till Then,
Fii Amanillah.

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Jika Datang Seorang Dia #Random3



Jika datang seorang dia (lelaki) ke dalam hidup mu,
Biarkan dia datang dengan janji kerana Ilahi,

JANGAN!
Biarkan dia datang kerna nafsu @ duniawi,

JANGAN!
Biarkan maruahmu dipijak.

Angkat & Tinggikan harga dirimu.


-----------


Jika benar,
Tunjukkanlah...!

Jika bukan,
Juga tunjukkan..~



Till Then,
Fii Amanillah~
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Random #1



Assalamualaikum

Bismillah.

01:00

***


Yang kotor itu dosa, bukan diri kita.
Cepat, sucikan dengan taubat,
Jangan sampai terlambat,
Dirimu tetap wardah syurga"

"Cinta High Class"

*Sekadar selingan


***


Akhirnya, 'pekerjaan tanpa gaji' ini tiba ke penghujung.
Berat hati. Berat segalanya.
Mohon tidak berat dosanya.


Syafakillah untuk diri.


Lepas ni tak pasti bila dapat update lagi 'diari online' ini.


Semoga Allah memberkati setiap langkah & usaha aku.
Juga untuk kau dia dan mereka.


Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak.
Ilalliqa'


Till Then,
Fii Amanillah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi