"Kau kata kau punya. Tapi Hakikatnya.."



Assalamualaikum.

Bismillah.

01:25

Kata kata di bawah untuk aku.
untuk sedarkan diri aku. aku. dan aku.
yang kadang terleka dengan permainan duniawi.


***


Kau kata mata ini kau yang punya.
Sebab tu kau tengok perkara perkara maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata telinga ini kau yang punya.
Sebab tu kau suka dengar benda benda yang lagha.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata bibir ini kau yang punya.
Sebab tu kau suka keluarkan kata kata kesat dan mengumpat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata tangan ini kau yang punya.
Sebab tu kau gunakan ia untuk buat maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata kaki ini kau yang punya.
Sebab tu kau gunakan ia ke tempat tempat maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Semua yang kau kata kau punya.
Dia yang punya.

Masih mahu mendabik dada?
kau tak malu?

 #Allah. :'(



 "Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu 
ibarat menghambat aku sendiri di hari akhirat kelak?" 
T.T



Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Kerana Sebungkus Tea O Ais Limau

 
 

Assalamualaikum

Bismillah

01:01


Emak:

"Awak akan buat tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang? Abah pesan beli Tea O ais limau, awak terlupa, awak akan keluar semula tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang?"


Aku diam. Tajamnya pertanyaan Emak.
Aku tunduk dalam linangan air mata.



Mampukah aku untuk berbakti kepada kedua ibubapa aku kelak?
Ya Allah semoga Kau redha!

Mahu jadi anak yang soleh/solehah bukan mudah.
Tapi itulah impian ku.

Moga aku tidak menjadi anak yang lupa akan pengorbanan ibubapa!
Moga Kau jaga nawaitu ku.





Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma 
kama robbayani soghiro. 

Maksudnya: 
"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.” 

WardahHamra:

Titipkan doa untuk ibu bapa dan berbuat baiklah kepada ibu bapa
andai kau mahu jadi anak yang soleh/solehah.



Semoga kau aku mereka mampu menjadi anak yang soleh/solehah.
InsyaAllah.


Till Then,
Fii Aman Allah.

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Rasa Hati.

 
Assalamualaikum.

Bismillah.

00:12

Jari menari melepaskan rasa hati.

Mood sekarang sangat lah sedih.

 Ini yang aku rasa
bila aku tidak mampu menghadirkan diri
pada majlis ilmu yang selama ini aku tunggu-tunggu.




Bertemu dengan Habib Ali Zaenal Abidin
termasuk dalam Wishlist 2013.

Takpe. Allah pasti beri jalan jika hambanya mahu ke majlis ilmu.
Tidak dapat ke majlis ilmu tersebut, mungkin akan dapat ke majlis ditempat lain.
InsyaAllah. La Tahzan. :')


Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “…Tiada suatu kaum dari umatku yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran) dan saling mempelajari isi Al-Quran antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, Malaikat akan merendahkan sayapnya dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisi-Nya…” (Riwayat Muslim) 


Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi