Trip to Bandung, Indonesia

 
 
 


Assalamualaikum.
Sihat semua? Haha.

Macam ada je orang singgah baca sini XD

Lamaaaa sangat tak menulis, niat nak menulis hari hari ada, tapi itulaaaa, nak menaip tu, Allah. Hehe. Niat harini nak update sikiit pengalaman masa pergi Bandung, Indonesia haritu. :) Macam macam pengalaman ada.



Pergi Bandung ni sebenarnya bukan untuk jalan jalan sesajaa. Pergi untuk Conference "The 2nd International Conference on Human Capital and Knowledge Management 2015"di Aula Timur - Institut Teknologi Bandung (ITB) dari 11 - 12 Februari 2015. Memandangkan conference tu 11 & 12 makanya kami berkampung di Bandung selama 5Hari 4Malam.




So kami naik flight dari KLIA2 ke Bandung pada 10 Februari tuuu, KLIA2 tu punya la besar, sakit kaki nak sampai ke balai pelepasan. (Macam macam konflik sebenarnya berlaku sebelum kami naik flight ke Bandung, tapi let the story remain untold, haha, sebab buat sakit hati saja kalau ingat). First time sebenarnya naik flight so ada sedikit jakun ye :) Maaf.




Sampai je sana, mula mula agak terkejut la, "Eh, ini ke Airport Bandung?" Hehe. Airport Bandung kecil jaa so jangan terkejut. Then, kami terus ambil teksi [Kalau boleh ambil teksi Blue Bird] (Rp60,000) untuk straight ke hotel. (Tak ingat la nama hotel dia, tapi kalau boleh, jangan la sewa hotel tu, servis teruk HAHA). Rest of the day duduk dalam bilik sajo, malas nak cerita. Nothing interesting.




11th & 12th February 2015

ICHCKM
[International Conference on Human Capital and Knowledge Management 2015]


Nak cerita pasal conference ni, Hmmm, tak perlu rasanya haha. Yelaaaa, conference kan, semua orang tahu, ada talk, ada pembentangan paper journal dan juga pembentangan ala ala mock viva. Tapi masa di conference ni boleh la jumpa orang orang besar bertaraf Dr Profesor Student PhD Master. Rasa macam kecil betul diri bila bergaul dengan golongan macam ni. Siapa la saya yang baru first semester dalam bidang master. Setahun jagung pun belum, masih benih agaknyaaa. Haha.

Tempek la sekeping dua gambar dalam ni buat kenangan dan tatapan sendiri :D

 
Ini adalah antara Dr Prof dan Pelajar PhD Master dari UTM Razak School, KL.

Dua hari ulang alik ke ITB dengan berjalan kaki akhirnya to the end. Hotel yang kami duduk dekat je dengan ITB ni, jalan kaki tak sampai 10minit, berpeluh laaa tapi haha. Ok. Sepanjang dua hari berjalan pergi dan balik dari Hotel ke ITB, satu la yang ain perasan, boleh dikatakan la, sepanjang jalan untuk sampai ke ITB tu, penuh dengan stall stall makanan tepi jalan. Serious banyaaaak. Nak try makan, memang idok la kan, sebab macam idok bersih ja. Satg makan, tak pasal pasal sakit perut. Haru.

The rest story of the conference malas nak cerita panjang XD



13 Februari 2015

It's a leisure and shopping timeeeeeeeeeee!! :)

Datang bandung kan? Bukan senang nak datang, alang alang datang, spend satu hari untuk jalan jalan dan shopping! :) Habis je dinner malam tu, kami yang dari Malaysia (of course UTM saja) plan nak buat apa untuk 13.02.2015 ni. Mostly mestilaaaa nak pergi PASAR BARU untuk shopping. Kami split by our own. So kami plan nak pergi Tangkuban Parahu, jalan-jalan, dan akhir sekali ke Pasar Baru dan Kartika Sari untuk beli belah.

Kami sewa supir untuk bawa kami jalan jalan sekitar bandung. Toyota Innova kalau tak silap. Satu kereta sewa sepanjang hari dari pukul 6pagi sampai 9malam kami bayar lebih kurang Rp1juta. Berbaloi la kan :D Inila Pak Supir kami :D




So, our first destination Tangkuban Parahuuuu. Tangkuban Parahu ni orang kata kalau tengok dari jauh macam perahu terbalik. Tapi tak nampak pula terbalik belah mana. Haha. Tangkuban Parahu ni ada mitos dia tersendiri, pasal puteri dapat anak, anak pergi jauh tempat lain, balik semula kampung, jatuh cinta dengan mak sendiri. Haaaa lebih kurang gitu laaaa. Dan actually, Tangkuban Parahu ni sebenarnya kawah gunung berapi yang masih tidur.




Untuk masuk ke Tangkuban Parahu ni, harga dia untuk pelancong antarabangsa macam kita kita ni Rp200,000 kalau tak silaaaaap la. Lebih kurang RM50 RM60 kita la. Pandai betul orang sana buat duit. Haha. Sebab untuk orang Indonesia, hanya perlu bayar Rp30,000 macam tu sajoooo. Aiyo manyak beza wooo.


Tapi bila dah sampai atas tuuuuu, waaaa bestnyaaa sejuuuuuuk anginnn. Best! Tak rugi kalau naik atas ni. Macam berbaloi juga laaaa walaupun tak berbaloi sangat haha.




Masa kat atas ni, tak perlu terkejut la kalau sebenarnya kau orang saja pelancong yang lain ramai ramai ramai tu sebenarnyaaa peniaga nak jual barang barang diorang. Diorang akan ekor ke mana saja kau orang pergi selagi barang diorang tak terjual. Rimas pun ada. Haha.

After puas hati merenung keindahan alam ciptaan Allah SWT (SubhanAllah), kami pun bergerak turun ke bawah. Its lunch timeeee. Kami turun untuk isi perut memandangkan dari pagi tak makan, so alang alang lunch terus. kami pilih untuk makan cara dan makanan orang Indonesia. Kami pilih makan di warung Ibu Adel kalau tak silaap. Haha. [Allah semua tempat tak pasti, maaf la ye].

Suasana makan atas pangkin dan bersila. Niceeee! dengan makanan alaa ala kampung, memang berselera makan :D Alhamdulillah. Makan per head cuma bayar Rp30,500 sajoo based on lauk yang kami pilih masa tu.


Ini antara lauk yang kami pilih untuk makan tengah hari kami. Ayam goreng dia memang terbaikk! dengan sambal cicah, sedaaappp sangaaaattt! Pedas manis tomato! 5 bintang! :D



Next destination is Pasar Baru dan Kartika Sari [Macam Bakery juga la, first choice customer, so sila la ke sini jika ke Bandung]. Dekat Pasar Baru ni lah kalau orang orang nak beli kain pasang yang murah. Serious murah. Contoh la, kalau kain cotton jepun yang biasa jual kat Malaysia, 4m mesti tak kurang lebih RM70 RM80 kan? Tapiii kat Bandung, berpinar mata tengok corak corak yang cantiikk dan murah Ya Allah. 4m boleh dapat RM32 saja. Serious murah! So, kalau ada hajat nak ke Bandung, save your money, berbelanja la kain di sana. Confirm puas hati! Hehe. Ain sempat la juga beli sepasang dua kain ela sebab iolls tak berduit sangat. Niat nak ke Bandung pun nak cari pengalaman di tempat orang :D InsyaAllah kalau ada rezeki lebih, nak bawa Mak Abah ke sini.

On the way nak ke Pasar Baru, sempat la kami singgah di Ladang Teh, Kebun kebun bunga, dan juga tak lupa, ada singgah Rumah Mode. Rumah Mode ni lebih kurang macam JPO saja. Barang barang pun boleh tahan mahal :)





Habis je shopping di Pasar Baru dan Kartika Sari, dah malam masa tu, perut pun for sure dah lapar balik kan. So dinner pun kami pilih untuk makan style orang Indonesiaaaaa :) Dinner last di Bandung, kami makan di perkampungan tak tahu nama apa. Dinner mewah la juga. Sebab order makanan dalam portion yang banyaaaaaak. :D Alhamdulillah. Kenyang dan berbaloi baloi harga murah! :) Takyah la nak makan ala ala restoran kalau kat Bandung, sebab kat Malaysia pun boleh dapat kan. Jadi, cuba la something yang rare!




Satu lagi yang ain perasan, diorang kat Bandung ni, kalau makan, mesti hidang green tea suam, tak pun teh botol yang sedaaaaap ini! :D Must try! 

Seronok kan makan macam ni, tikar mengkuang, duduk bersila. Nicee! :)




And lasssst sekali, kami baru je nak makan, tiba tiba datang ni haaa, serious terkejut sangaaaat, dengan loud music dia, aiyooo, kacau nak makan. Selagi kau orang tak bagi duit, selagi tu dia orang perform. Haha. So, bagi la berapa ikhlas sekali pun. Dah dapat duit, InsyaAllah dia orang akan pergi :D







Banyak lagi nak share sebenarnya, tapi hanya ini saja la yang termampu. Apa apa pun, kalau sesiapa yang ada plan nak ke Bandung, have fun! :D 



Till Then,
Assalamualaikum.
OwnerofWarkahHamra
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi