Assalamualaikum.
Bismillah.
00:30
Dari pagi sampai la sekarang ni. Cuaca sangat sejuk.
Alhamdulillah.
Jangan merungut. Jika kau kata hujan ini menyusahkan,
fikirkan makhluk yang lain [pokok-pokok]
mereka juga perlukan hujan.
dont be selfish.
TQ!
(^_____^)
Alhamdulillah.
Jangan merungut. Jika kau kata hujan ini menyusahkan,
fikirkan makhluk yang lain [pokok-pokok]
mereka juga perlukan hujan.
dont be selfish.
TQ!
(^_____^)
***
"Jauh menungnya, ukhti Nadirah" Tegur aku sambil tersenyum.
"Eh, ukhti Aqilah, saya tak perasan akak tadi, asif"
"Kenapa kamu nampak sedih saja akak tengok lepas balik dari usrah tadi"
"Takda apa kak, saja duduk terkenangkan kisah lama" Jawab Nadirah sambil tersenyum hambar.
***
"Aku pasti, mesti ada sesuatu yang berat sedang adik ini fikirkan" Bisik Aqilah dalam hati.
"Betul ni? Luahkan kalau ada sesuatu yang mengganggu adik Nadirah. Kalau adik malu nak cerita pada akak, mungkin adik boleh cari orang lain yang adik boleh percaya" Pujukku seolah-olah bermain tarik tali.
"Urmm.." Diam. Seminit. Dua minit.
Sepuluh minit berlalu sepi antara aku dan adik Nadirah.
"Macam ni la dik, kalau kita pendam sangat masalah kita, kemungkinan hati kita akan 'rosak' dan 'sakit'. Kalau adik tak mahu luahkan pada akak, pada orang lain, adik luahkan pada Allah. Allah tu Maha Mendengar dik. Akak percaya, adik akan rasa lebih tenang lepas tu" Kata ku padanya sambil mengusap belakang badan Nadirah.
***
"Kak........" Panggil Nadirah.
Sepi.
Aku yang ingin melangkah pergi kembali duduk disebelahnya.
Sambil memeluk bahunya..
"Ambil masa ya, akak tak paksa" Kata ku sambil tersenyum.
"Sebenarnya kak, walaupun sudah setahun saya berubah, bertudung labuh, tapi......."
Diam.
"Tapi apa dik?"
Aku menunggu penuh minat.
"Tapi... urmm... kadang-kadang bila duduk bersendirian, saya selalu teringatkan dosa-dosa yang pernah saya buat dulu" Luahnya penuh rasa payah kepadaku.
Aku senyum. Menanti lagi bicaranya.
"Semuanya silap saya. Semuanya sebab kebodohan saya sendiri"
Tuturnya sambil menangis teresak-esak.
BERSAMBUNG..
"...sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar,
lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya)."
[44:6]
Aku menulis saja saja.
Untuk peringatan buat aku.
Untuk pedoman buat aku.
Counting the days
12 hari lagi untuk mula latihan industri.
OK debar. -,-"
Cerita ini hanya rekaan semata-mata
Tiada kaitan antara yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.
TQ!
Till then,
Fii Aman Allah.
No comments:
Post a Comment