Assalamualaikum
Bismillah
01:01
Emak:"Awak akan buat tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang? Abah pesan beli Tea O ais limau, awak terlupa, awak akan keluar semula tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang?"
Aku diam. Tajamnya pertanyaan Emak.
Aku tunduk dalam linangan air mata.
Mampukah aku untuk berbakti kepada kedua ibubapa aku kelak?
Ya Allah semoga Kau redha!
Mahu jadi anak yang soleh/solehah bukan mudah.
Tapi itulah impian ku.
Moga aku tidak menjadi anak yang lupa akan pengorbanan ibubapa!
Moga Kau jaga nawaitu ku.
Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma
kama robbayani soghiro.
Maksudnya:
"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.”
WardahHamra:
Titipkan doa untuk ibu bapa dan berbuat baiklah kepada ibu bapa
andai kau mahu jadi anak yang soleh/solehah.
andai kau mahu jadi anak yang soleh/solehah.
Semoga kau aku mereka mampu menjadi anak yang soleh/solehah.
InsyaAllah.
Till Then,
Fii Aman Allah.
No comments:
Post a Comment