Kebergantungan Seorang Hamba


Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat semua.

اَللَّهُمَّ صَلِّ ۈسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Sudah lama rasanya tidak berblogging. Rindu :') Bakat menulis pun dah tak ada.

***

Dengan lafaz Basmalah..

Kadangkala, kita mahukan strawberry 
tapi Allah berikan kita blueberry. 
Kita tanya, kenapa. "Kenapa ALLAH tak makbulkan doaku?"
 
Usah pertikaikan apa yang telah Allah beri kerna setiap apa yang Allah jadikan, ada hikmah disebaliknya. Ada kebaikan yang terselindung disebaliknya.

***


Dulu, dia pernah berjaya. Pernah mengecap kejayaan. Namun dia leka. Leka dengan apa yang telah Allah beri. Dia lupa Allah. Dia lupa sujud kepada pemberi kejayaannya. Allahuakhbar. Bila dia menginginkan sesuatu, berhempas pulas dia berdoa supaya Allah berikan apa yang dia mahu. Namun, tiada ucapan terima kasih diucapkan kepadaNya pabila kejayaan dikecapi. Begitukah caranya?

Tahun demi tahun, hidup dia diambang kejatuhan. Selayaknya dia begitu. 

Namun, pabila hidayah datang menyapa. Dia tersedar. Kebergantungan kepada Allah itu perlu setiap masa. Berusaha itu perlu. Namun jangan dilupa kepada pemberi "ganjaran" atas usaha yang telah dilakukan.

***

Ya Allah, Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Rabb atas "blueberry" yang telah Engkau berikan kepadaku. Kini diri ini benar-benar sedar akan kebergantungan seorang hamba kepada PenciptaNya. Walaupun banyak dosa yang telah diri ini lakukan, namun Engkau tetap memberikan yang terbaik buat diri ini. 

Akhir kalam..

Tahniah buat sahabat-sahabat 3SGU yang berjaya memperolehi dekan pada sem ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Anda sudah cuba yang terbaik! :)

Till then,
Fii Aman Allah.


Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

1 comment:

isma said...

semoga istiqamah~

sama2 kita berdoa, agar hati kita ditetapkan di jalanNya...