Warkah Buat Si Dia~




Assalamualaikum.

Bismillah.

17 March 2013


---------------


Aku berjaya khatamkan novel
"Cinta High Class, Cintaku Kerana Agamamu"
oleh Dr Farhan Hadi & Ustazah Fatimah Syarha.


Penuh isi.
Penuh pengajaran.
Penuh ilmu yang sangat berguna
untuk membina Baitul Muslim~


--------------

Sesuatu yang ditahan,
lebih enak bila 'berbuka'
Tapi mampukah aku dalam menahan?


--------------

Warkah buat si dia yang entah siapa~


Dulu,
Aku pernah bercinta..
Telah ku nodai cinta kita..
Maafkan aku diatas pincangnya langkah..
Dalam menjaga hati dan cinta..


Jika,
Dulu kau juga begitu,
Menodai cinta milik kita,
Aku mohon, jangan kau teruskan lagi..


Kini,
Aku belajar menjaga,
Aku belajar menghindari,
Aku juga harap kau begitu,
Menjaga dan terus menjaga.


Tapi,
Andai kau masih begitu,
Bermadu kasih entah dengan siapa,
Aku lebih rela membujang,
Dari tersalah langkah memilih kamu..



Ikhlas,
Wardah Hamra~



Cinta.
Itu fitrah, Jika tidak diurus akan menjadi fitnah,
Jika diurus dengan betul akan menjadi barakah.

Jangan kau datang lagi,
Aku tidak tahu niat sebenar mu,
Jika hanya untuk mainan hati,
Silakan kau pergi,
Cari mawar yang boleh dijadikan mainan.
Bukan aku~



Till Then,
Fii Amanillah.

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Jika Datang Seorang Dia #Random3



Jika datang seorang dia (lelaki) ke dalam hidup mu,
Biarkan dia datang dengan janji kerana Ilahi,

JANGAN!
Biarkan dia datang kerna nafsu @ duniawi,

JANGAN!
Biarkan maruahmu dipijak.

Angkat & Tinggikan harga dirimu.


-----------


Jika benar,
Tunjukkanlah...!

Jika bukan,
Juga tunjukkan..~



Till Then,
Fii Amanillah~
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Random #1



Assalamualaikum

Bismillah.

01:00

***


Yang kotor itu dosa, bukan diri kita.
Cepat, sucikan dengan taubat,
Jangan sampai terlambat,
Dirimu tetap wardah syurga"

"Cinta High Class"

*Sekadar selingan


***


Akhirnya, 'pekerjaan tanpa gaji' ini tiba ke penghujung.
Berat hati. Berat segalanya.
Mohon tidak berat dosanya.


Syafakillah untuk diri.


Lepas ni tak pasti bila dapat update lagi 'diari online' ini.


Semoga Allah memberkati setiap langkah & usaha aku.
Juga untuk kau dia dan mereka.


Jaga diri, jaga iman, jaga akhlak.
Ilalliqa'


Till Then,
Fii Amanillah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Jaga Diri #1


Assalamualaikum.

Bismillah.

01:04

***

"Kalau dia berani SMS saya sekarang, 
sudah kahwin nanti tidak mustahil dia berani SMS gadis lain pula"
- Cinta High Class


Lama tak share pasal cinta.
Semua orang sibuk post pasal Valentine Day.

Pesan aku buat kau dia & mereka :

"Jaga diri, Jaga tingkah laku, Jaga iman.
Jangan menyesal dikemudian hari.
Ingat, kanan kiri tak pernah tidur"




Nota buat diri.

No matter how much its pain.
Keep your smile.



Abah demam. Along demam.
Syafakallah.

Hanya ESOK.
Berat hati nak tinggalkan mak abah.


Till Then,
Fii Amanillah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Manusia Berubah



Manusia berubah

Either towards a better or worse

Kita memang tak boleh nak jadi macam orang lain,
tapi kita boleh jadi yang lebih baik.

Aku doakan aku kau dia mereka
Mampu berubah ke arah yang lebih baik
Bizdnillah.



Quick update.
Tinggal esok & lusa.


Till Then,
Fii Aman Allah
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Mari Scroll Down Timeline.



Assalamualaikum.

Bismillah.

Tercoret-coret lagi. Hanya untuk muhasabah diri aku sendiri.
Kalau ada yang baik, kau boleh ambil :)

***


Pagi tadi sambil online.
Aku scroll down post-post dulu kala.
Grr. Rasa nak bakar pun ada. Heh >.<"


Kita boleh scroll down timeline fb twitter kita,
Delete post post yang kita rasa 'teruk',
Tapi boleh ke kita scroll down timeline hidup (umur) kita,
Delete dosa dosa yang pernah kita buat?

*Sentap. Kena kat diri sendiri.
Ayat makan tuan nampak.


Itu yang aku rasa.
Itu yang aku fikir
Kala aku delete post post yang bagi aku teruk.


Aku admit dulu ikhtilat aku tak terjaga.
Sekarang pun tak berapa nak terjaga.
Moga Allah jaga aku kau dan mereka.



Umur makin ke penghujung,
Hubungan dengan Allah adakah semakin dekat?
*tembak diri sendiri*



Tak sangka dah hari Isnin.
Sikit masa lagi terpaksa berjihad demi ilmu.
Moga Allah permudahkan.



Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Boleh Salam ke Tidak?


Assalamualaikum.

Bismillah.

Ini hanyalah coretan kosong. diari online seorang aku.

***

Aku jarang untuk pergi ke majlis-majlis kahwin ni
Kalau pergi pun hanya untuk wedding sanak saudara ja.
*tu pun kadang kadang malas nak pergi*

Satu isu.

"Salam ni, pak andak ni"

Aku diam. Nak salam ke tak?
Boleh salam ke?
Akhirnya aku senyum dan jalan saja. -____-
Aku masih jahil untuk bezakan mana yang boleh salam
kalau jarak saudara tu dah 'jauh'. urm.

kena banyak study lagi.

Aku serta kan carta alir dari pakcik google.
Semoga aku kau mereka dapat menjaga dan terjaga.


*Click untuk tumbesaran*

*Click untuk tumbesaran*


Masa semakin hampir.
Pekerjaan tanpa gaji kini hampir tamat kontraknya.
Masa lapang bakal terisi dan sibuk.
Aku belum ready. ;p haha.





Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Taubat Seorang Nadirah #Part2


Assalamualaikum.

Bismillah.

00:10

Hari ini juga hujan sedari pagi.
Sejuk mencengkam hingga ke tulang rusuk. haha K.
Alhamdulillah.

Baru berkesempatan nak publish sambungan ShortStory semalam.
Asif. Membantu 'ummi to be' yang tak berapa nak sarat buat aiskrim malaysia.
ingin berniaga kecil kecilan katanya. ;p



***

Aku membiarkan Nadirah menangis melepaskan beban yang ditanggung.

Sambil mengesat air mata yang masih berbaki.

Nadirah meneruskan luahan hatinya.

“Saya menyesal sangat kak. Menyesal sangat. Dulu dia janji macam macam dengan saya, dia kata dia akan setia dengan saya sampai bila-bila…”

Nadirah diam berjeda sambil memandang tepat ke awan biru.

“Entah la kak..” Sambung Nadirah sambil ketawa sinis.

“Bodoh kan saya ni kak, sanggup merendahkan maruah saya demi lelaki macam tu. Walaupun kami tak pernah terlanjur, tapi mukadimah ke arah berzina tu ada kak, Allah. Saya menyesal sangat-sangat kak”

Aku diam mencari kata.

Sambil mengusap bahunya, aku berkata.

“Sekarang adik da menyesalkan?”

Nadirah angguk mengiakan.

“Alhamdulillah, itu maknanya Allah masih sayangkan adik. Lakukan solat sunat taubat dengan bersungguh-sungguh. Adik pun dah tinggalkan semua yang pernah adik lakukan kan. Sekarang, adik mesti kuat. Adik mesti yakin yang Allah itu Maha Pengampun”

Kata ku memberikan kata-kata semangat kepadanya.

“Tapi kak, setiap kali saya bersendirian, imbauan tentang dosa-dosa yang telah saya lakukan dulu selalu menerjah di layar mata ni kak” Ucap Nadirah penuh sendu.

“Perkara tu biasa dik. Itu semua kerja Iblis. Iblis kan telah berjanji untuk menyesatkan cucu cicit Adam. Iblis pernah berkata”


"Wahai Tuhanku! Kerana Engkau telah menjadikan daku sesat, (maka) demi sesungguhnya aku akan memperelokkan segala jenis maksiat kepada Adam dan zuriatnya di dunia ini dan aku akan menyesatkan mereka semuanya," (Hijr:39)


***

Angin bertiup sepoi sepoi bahasa.

“Tapi kak..” Nadirah berjeda.

“Allah masih mahu ke menerima taubat orang macam saya ni kak?”

“Jangan cakap begitu adik Nadirah. Even dosa seorang pembunuh, penzina pun Allah ampunkan. Inikan dosa adik. Tapi, dengan syarat, adik berjanji tidak akan ulangi apa yang telah adik lakukan dulu.” Pujukku.

Nadirah mengangguk. Seakan setuju dengan bicaraku.

Aku tahu, ramai yang sedang berubah sering dihantui dosa-dosa dan noda hitam masa silam. Maka itu, bagi aku, sebelum membuat sesuatu perkara itu, fikir panjang dahulu.

"Buat apa pun, jangan lupa, Allah nampak semuanya. Malaikat mencatat." Pesanku kepada Nadirah sekaligus mengingatkan diriku sendiri juga.


***


“Boleh akak tanya sesuatu?” Soalku ingin tahu.

“Apa dia kak Aqilah? Tanya la. InsyaAllah kalau saya boleh jawab, saya jawab” Jawab Nadirah sambil tersenyum.

“Adik masih ingat ‘kawan lelaki’ adik tu?”

Nadirah senyap. Angin petang bertiup menerbangkan daun-daun kering dihadapan kami.


***

“Entah la kak. Tiada gunanya saya kenang lagi perkara-perkara dan orang yang telah hampir rosakkan diri saya.” Luah Nadirah.

“Alhamdulillah, baguslah kalau adik fikir begitu. InsyaAllah akan ada lelaki yang lebih baik untuk adik. Lelaki yang lebih tahu menghormati dan tidak akan menghina adik dengan perbuatannya.”

“Yakin pada Allah ya! Jangan risau. Jom kita balik. Hari pun hampir senja. Risau pula ibu dan ayah adik nanti” Ajak ku.

“Jom”

Kami berjalan beriringan sambil berpimpin tangan. Semoga ukhuwah yang terjalin atas landasan Allah ini kekal untuk selama-lamanya. InsyaAllah.

Firman Allah SWT dalam surah Ali Imran 136 maksudnya:

"Dan orang-orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menyesatkan dirinya sendiri, kemudian ingat akan Allah dan memohon ampun atas dosa-dosa mereka, dan siapa lagi yang dapat mengampuni dosa selain daripada Allah. Dan mereka tidak meneruskan perbuatan kejinya itu sedang mereka mengetahui". Selain itu juga, dia perlu faham mengenai makna taubat itu sendiri dan peliharalah syarat-syaratnya.

Syarat-syarat taubat adalah seperti berikut:

1. Ikhlas ingin bertaubat.
2. Meninggalkan segala dosa.
3. Menyesali atas dosa yang dilakukan.
4. Tidak mengulangi lagi perbuatan maksiat yang pernah dilakukan.


Wallahu `alam.





“Sesungguhnya Allah gembira menerima taubat hamba-Nya, 
melebihi kegembiraan seseorang di antara kalian 
ketika menemukan kembali untanya yang hilang di padang yang luas.” 
(HR. Bukhari dan Muslim) 



Poyonya monyet ni -,-"
Awak. Awak sekalian. Dengar sini ceQ nak habaQ.
Cerita ini hanya rekaan semata-mata
Tiada kaitan antara yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.
TQ!


Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Taubat Seorang Nadirah #Part1



Assalamualaikum.

Bismillah.

00:30

Dari pagi sampai la sekarang ni. Cuaca sangat sejuk.
 Alhamdulillah.

Jangan merungut. Jika kau kata hujan ini menyusahkan,
fikirkan makhluk yang lain [pokok-pokok]
mereka juga perlukan hujan.

dont be selfish.
TQ!
(^_____^)


***

"Jauh menungnya, ukhti Nadirah" Tegur aku sambil tersenyum.

"Eh, ukhti Aqilah, saya tak perasan akak tadi, asif"

"Kenapa kamu nampak sedih saja akak tengok lepas balik dari usrah tadi"

"Takda apa kak, saja duduk terkenangkan kisah lama" Jawab Nadirah sambil tersenyum hambar.


***

"Aku pasti, mesti ada sesuatu yang berat sedang adik ini fikirkan" Bisik Aqilah dalam hati.

"Betul ni? Luahkan kalau ada sesuatu yang mengganggu adik Nadirah. Kalau adik malu nak cerita pada akak, mungkin adik boleh cari orang lain yang adik boleh percaya" Pujukku seolah-olah bermain tarik tali.

"Urmm.." Diam. Seminit. Dua minit.

Sepuluh minit berlalu sepi antara aku dan adik Nadirah.

"Macam ni la dik, kalau kita pendam sangat masalah kita, kemungkinan hati kita akan 'rosak' dan 'sakit'. Kalau adik tak mahu luahkan pada akak, pada orang lain, adik luahkan pada Allah. Allah tu Maha Mendengar dik. Akak percaya, adik akan rasa lebih tenang lepas tu" Kata ku padanya sambil mengusap belakang badan Nadirah.


***

"Kak........" Panggil Nadirah.

Sepi.

Aku yang ingin melangkah pergi kembali duduk disebelahnya.

Sambil memeluk bahunya..

"Ambil masa ya, akak tak paksa" Kata ku sambil tersenyum.

"Sebenarnya kak, walaupun sudah setahun saya berubah, bertudung labuh, tapi......."

Diam.

"Tapi apa dik?"

Aku menunggu penuh minat.

"Tapi... urmm... kadang-kadang bila duduk bersendirian, saya selalu teringatkan dosa-dosa yang pernah saya buat dulu" Luahnya penuh rasa payah kepadaku.

Aku senyum. Menanti lagi bicaranya.

"Semuanya silap saya. Semuanya sebab kebodohan saya sendiri"

Tuturnya sambil menangis teresak-esak.


BERSAMBUNG..



"...sesungguhnya Allah Jualah Yang Maha Mendengar, 
lagi Maha Mengetahui (akan segala keadaan hamba-hambaNya)." 
[44:6] 



Aku menulis saja saja.
Untuk peringatan buat aku.
Untuk pedoman buat aku.


Counting the days
12 hari lagi untuk mula latihan industri.
OK debar. -,-"




Cerita ini hanya rekaan semata-mata
Tiada kaitan antara yang masih hidup dan yang sudah meninggal dunia.
TQ!

Till then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

"Kau kata kau punya. Tapi Hakikatnya.."



Assalamualaikum.

Bismillah.

01:25

Kata kata di bawah untuk aku.
untuk sedarkan diri aku. aku. dan aku.
yang kadang terleka dengan permainan duniawi.


***


Kau kata mata ini kau yang punya.
Sebab tu kau tengok perkara perkara maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata telinga ini kau yang punya.
Sebab tu kau suka dengar benda benda yang lagha.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata bibir ini kau yang punya.
Sebab tu kau suka keluarkan kata kata kesat dan mengumpat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata tangan ini kau yang punya.
Sebab tu kau gunakan ia untuk buat maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Kau kata kaki ini kau yang punya.
Sebab tu kau gunakan ia ke tempat tempat maksiat.
Tapi hakikatnya Dia yang punya.
kau tak malu?

Semua yang kau kata kau punya.
Dia yang punya.

Masih mahu mendabik dada?
kau tak malu?

 #Allah. :'(



 "Adakah aku akan mati dengan tenang jika dosa-dosa lalu 
ibarat menghambat aku sendiri di hari akhirat kelak?" 
T.T



Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Kerana Sebungkus Tea O Ais Limau

 
 

Assalamualaikum

Bismillah

01:01


Emak:

"Awak akan buat tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang? Abah pesan beli Tea O ais limau, awak terlupa, awak akan keluar semula tak macam apa yang abah buat untuk awak sekarang?"


Aku diam. Tajamnya pertanyaan Emak.
Aku tunduk dalam linangan air mata.



Mampukah aku untuk berbakti kepada kedua ibubapa aku kelak?
Ya Allah semoga Kau redha!

Mahu jadi anak yang soleh/solehah bukan mudah.
Tapi itulah impian ku.

Moga aku tidak menjadi anak yang lupa akan pengorbanan ibubapa!
Moga Kau jaga nawaitu ku.





Allahummaghfirli dzunubi waliwalidayya warhamhuma 
kama robbayani soghiro. 

Maksudnya: 
"Ya Allah, Ampunilah dosa-dosaku serta kedua ibubapaku dan kasihanilah mereka keduanya sebagaimana mereka memelihara dan mendidikku di masa kecil.” 

WardahHamra:

Titipkan doa untuk ibu bapa dan berbuat baiklah kepada ibu bapa
andai kau mahu jadi anak yang soleh/solehah.



Semoga kau aku mereka mampu menjadi anak yang soleh/solehah.
InsyaAllah.


Till Then,
Fii Aman Allah.

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Rasa Hati.

 
Assalamualaikum.

Bismillah.

00:12

Jari menari melepaskan rasa hati.

Mood sekarang sangat lah sedih.

 Ini yang aku rasa
bila aku tidak mampu menghadirkan diri
pada majlis ilmu yang selama ini aku tunggu-tunggu.




Bertemu dengan Habib Ali Zaenal Abidin
termasuk dalam Wishlist 2013.

Takpe. Allah pasti beri jalan jika hambanya mahu ke majlis ilmu.
Tidak dapat ke majlis ilmu tersebut, mungkin akan dapat ke majlis ditempat lain.
InsyaAllah. La Tahzan. :')


Daripada Abu Hurairah r.a berkata : Sabda Rasulullah SAW bermaksud : “…Tiada suatu kaum dari umatku yang berhimpun di dalam rumah daripada rumah-rumah ALLAH (masjid) membaca kitab ALLAH (Al-Quran) dan saling mempelajari isi Al-Quran antara mereka melainkan akan diturunkan ketenangan ke atas mereka, disirami ke atas mereka rahmat, Malaikat akan merendahkan sayapnya dan ALLAH menyebut-nyebut mereka pada sesiapa di sisi-Nya…” (Riwayat Muslim) 


Till Then,
Fii Aman Allah.
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Pesanku Buat Sahabat Tersayang~


Maaf,

Ana bukan tercipta untuk akhi
walaupun ana mengharapkan
untuk menjadi suri hidupmu

Akhi,
Maafkan ana
untuk semuanya

Doaku,
semoga akan ada 'bidadari' terindah
yang jauh lebih layak berbanding diriku
untukmu syabab yang sangat soleh dan muslih.

Allah.

Aturan jodoh milikMu,
ku ingin ikhlaskan semuanya~


Sumber: Facebook





Cinta?

Dulu aku inginkan cinta manusia.
Namun ternyata langkah ku silap.

Kini,
Cinta Ilahi inginku gapai.
Sebelum cinta manusia aku perolehi~


Pada sahabat perempuan yang aku sayangi
Andai kamu sudah "berpunya"
Jangan sampai tersilap langkah
Jangan kerna sebab cinta, maruah diri agama tergadai~


Till Then,
Fii Aman Allah
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Qasidah Ya Hana Na


Qasidah Ya Hana Na

Suka sangat dengar qasidah ni. So, sedang cuba menghafal :)


 يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

 ظَهَرَ الدِّينُ المُؤَيَّد بِظُهُورِالنَّبِى اَحمَد
dzoharoddiinul muayyad bidzhuhuurin nabi ahmad
Telah muncul agama yang didukung, dengan munculnya sang Nabi Ahmad

 يَا هَنَانَــــــــا بِمُحَمَّد ذَلِكَ الفَضلُ مِنَ الله
ya hana na bimuhammad dzalikal fadhlu minallah
Betapa beruntungnya kami dengan Muhammad (Saw), itulah anugerah daripada Allah SWT

 يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

 خُصَّ بِالسَّبعِ المَثَانِى وَحَوى لُطفَ المَعَأنِى
khusho bissab’il matsani wa hawa luthfal ma’ani
Diistimewakan dengan as-Sab’ul Matsany (al-Fatihah), penghimpun rahsia bagi setiap makna

 مَالَهُ فِى الخَلقِ ثَانِى وَعَلَيهِ اَنزَلَ الله
ma lahu fil kholqi tsani wa a’laihi anzalallah
Tidak ada yang senilai dengannya, dan Allah mewahyukan kepadanya (Muhammad SAW)

 يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa Beruntungnya Kami

 مِن مَكَّةٍ لَمَّا ظَهَر لِاَجلِهِ انشَقَ القَمَر
min makkatillamma dzohar liajlihin syaqqal qomar
Ketika di Makkah bulan tampak terbelah deminya (Muhammad SAW),

 وَافتخَرَت الُ مُضَر بِهِ عَلى كُلِّ الاَنَام
waf takhorot aalu mudhor bihi ala kullil anam
 lalu kabilah Mudhar (kabilah Muhammad SAW) dibanggakan oleh seluruh manusia

 يَاهَانَانَأ
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

 اَطيَبُ النَّاسِ خَلقًا وَاَجَلُّ النَّاسِ خُلُقُا
athyabunnasi kholqon wa ajallunnasi khuluqon
Beliau adalah manusia yang terbaik ciptaanNya, dan teragung akhlaknya

 ذِكرُهُ غَربًا وَشَرقًا سَائِرٌ وَالحَمدُ لِله
dzikruhu ghorbaw wa syarqon saa iruw walhamdu lillah
Semua berzikir ke atasnya samada di barat atau di timur, segala puji hanya bagi Allah SWT

 يَاهَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami

 صَلُّوا عَلى خَيرِ الاَنَام المُصطَفَى بَدرِالتَّمَام
shollu a’la khoiril anami al musthofa badrittamami
Berselawatlah ke atas sebaik-baik manusia (Muhammad SAW) yang terpilih, sang bulan purnama

 صَلُّوا عَلَيهِ وَسَلِّمُوا يَشفَع لَنَأ يَومَ الزِّحَام
shollu a’laihi wasallimu yasyfa’ lana yaumazzihami
Sampaikanlah salam kepadanya, moga diberi syafaat di hari kebangkitan

 يَا هَنَانَا
ya hana na
Betapa beruntungnya kami


Till Then,
Fii Aman Allah
Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Cemburu Seorang Aku~


Assalamualaikum

Aku cemburu.


Dari jauh aku meneliti, 
Satu persatu wajah srikandi-srikandi Islam. 

Aku bermonolog sendirian. 

“Alangkah indahnya jika aku seperti mereka” 

Kalau sekarang mereka berlari mengejar akhirat.
Aku baru bertatih untuk mengenal Islam. 
Kalau sekarang mereka sedang berlumba menuju mardhatillah. 
Aku baru merangkak menagih keampunan Allah. 

Bilakah akan diri ini jadi seperti mereka? 
Mampukah diri ini jadi seperti mereka? 

Strive for Mardhatillah~ 


Masa depan yang cerah berdasarkan pada masa lalu yang telah dilupakan. 
Kamu tidak dapat melangkah dengan baik dalam kehidupan kamu 
sampai kamu melupakan kegagalan kamu dan rasa sakit hati.

Till Then,
Fii Aman Allah

Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi

Kebergantungan Seorang Hamba


Assalamualaikum.

Salam Maulidur Rasul buat semua.

اَللَّهُمَّ صَلِّ ۈسَلّمْ عَلَى سَيّدنَآ مُحَمّدْ وَ عَلَى آلِ سَيّدنَآ مُحَمّدْ

Sudah lama rasanya tidak berblogging. Rindu :') Bakat menulis pun dah tak ada.

***

Dengan lafaz Basmalah..

Kadangkala, kita mahukan strawberry 
tapi Allah berikan kita blueberry. 
Kita tanya, kenapa. "Kenapa ALLAH tak makbulkan doaku?"
 
Usah pertikaikan apa yang telah Allah beri kerna setiap apa yang Allah jadikan, ada hikmah disebaliknya. Ada kebaikan yang terselindung disebaliknya.

***


Dulu, dia pernah berjaya. Pernah mengecap kejayaan. Namun dia leka. Leka dengan apa yang telah Allah beri. Dia lupa Allah. Dia lupa sujud kepada pemberi kejayaannya. Allahuakhbar. Bila dia menginginkan sesuatu, berhempas pulas dia berdoa supaya Allah berikan apa yang dia mahu. Namun, tiada ucapan terima kasih diucapkan kepadaNya pabila kejayaan dikecapi. Begitukah caranya?

Tahun demi tahun, hidup dia diambang kejatuhan. Selayaknya dia begitu. 

Namun, pabila hidayah datang menyapa. Dia tersedar. Kebergantungan kepada Allah itu perlu setiap masa. Berusaha itu perlu. Namun jangan dilupa kepada pemberi "ganjaran" atas usaha yang telah dilakukan.

***

Ya Allah, Alhamdulillah. Terima Kasih Ya Rabb atas "blueberry" yang telah Engkau berikan kepadaku. Kini diri ini benar-benar sedar akan kebergantungan seorang hamba kepada PenciptaNya. Walaupun banyak dosa yang telah diri ini lakukan, namun Engkau tetap memberikan yang terbaik buat diri ini. 

Akhir kalam..

Tahniah buat sahabat-sahabat 3SGU yang berjaya memperolehi dekan pada sem ini. Begitu juga sahabat-sahabat yang lain. Anda sudah cuba yang terbaik! :)

Till then,
Fii Aman Allah.


Dari Hati, Jari Menari, Blog Terisi